Si Choklet Vanilla Si Choklet Vanilla

Jumaat, 24 Februari 2012

sampai saya menutup mata


Awak
Esok awak akan text saya macam ni lagi tak ?
Awak tau tak , saya takut nak tido malam ni
Pasal , saya takut esok bila saya buka mata
Saya tak boleh terima 
Antara saya dan awak
Dah takde apa - apa




Yang sebenarnya
Saya sendiri pun tak boleh nak lena
Janji - janji awak
Asyik berlegar - legar di telinga
Makin saya cuba lupa
Makin jelas apa yang awak pernah kata
Awak akan sayang saya
Sampai bila - bila
Sampai kita tua
Sampai saya menutup mata

jangan ada benci

Mungkin
Agar bisa kau menjauhiku
Usah dipaksa membenciku
Usah sengaja menghindariku

Kenangilah aku
Dengan semua keburukan
Atas setiap kekalutan
Dari awal perkenalan
Di tengah pertemuan
Hingga hari ini masa berjalan
Di hujung perhubungan


Lupakan manis senyumku
Yang menjadi taman dalam hati mu
Dibaja menjadi bunga berbisa
Melayang kumbang luka sayapnya


Buang segala lukisan wajah
Padam saja puisi terindah
Jauh ke tujuh benua sana
Biar tandus ditelan tanah




Lemparkan
Semua kebencianmu
Agar tiada kau mengenangku
Andai itu bisa memadam dendammu
Andai itu bisa mengubati rajukmu


Atau apa mungkin nanti
Akan kau terus membenci
Kala aku hilang dimamah bumi
Menjadi penghuni kuburan sepi

ceritera cinta aku & dia ... :)


Setiap hari yang dilewati makin bertambah sayang sayang dan SAYANG ..

Setiap detik masa tidak pernah jemu melafazkan rindu rindu dan RINDU ..

Setiap hembusan nafas sentiasa mahu bersama perlu perlu dan PERLU ..



Di awal perkenalan sekadar memerhati tanpa ada perasaan bermain di hati ..

Bibit bibit perkenalan dari hari ke hari semakin serasi dan perasaan juga terisi ..

Bait bait kata seolah olah mengerti di saat keadaan benar benar dirasai ..

Kata-kata madahan menjadi suaraHearty , dan timbul sebuah Mystery

yang telah menjadi Chemistry di antara dua insani ..



Tanpa di sedari hati ingin mendekatkan diri dan mendalami lagi perasaan ..

Sebagai permulaan mencuba dengan hanya sekadar 'gurauan dalam perhubungan'

Bila terasa hanya menipu pandangan orang dan sememangnya juga menipu diri sendiri ,

jadi tidak mahu hanya terus terusan menganggap ianya sebuah permainan ..

Dari hari ke hari , tanpa di sedari , hari yang dilewati ,

Ternyata permintaan hati mahukan sesama sendiri ..

Maka terciptalah sebuah ceritera cinta antara Aku & Dia iaitu KAMI .............



'Untuk mencintai amat mudah tapi untuk dicintai sepenuh hati itu belum tentu pasti'

Saat aku membenarkan cinta baru dalam hidup ,

Aku dapat menyembuhkan hati sendiri malah menjadi penyembuh hati dia yang juga pernah terluka ..

Maka kami memberi dan menerima cinta yang ikhlas untuk bersama ..

Ada sedetik masa , terfikir untuk berhenti dari terus memberi harapan dan mengharap sesuatu yang lebih besar kerana takut untuk menerima dan merasa lagi apa itu cinta , ternyata telah tewas kerana perasaan yang mendalam tak sanggup kehilangan ..






Sejujurnya aku bicarakan ,

Mencintai dia satu perasaan yang tenang aku rasakan. Dengan keyakinan yang dia katakan , aku bersikap terbuka dan sentiasa percaya setiap perlakuan , dan dia tidak pernah sesekali mengambil kesempatan atas kepercayaan yang aku juga berikan ..


Dia pandai menjaga hati sampai kadang kadang tak kisah memakan hati sendiri kerana lebih tak rela berkeadaan menghimpit diri .. walaupun buah hati yang selalu ikut emosi , dia tak pernah tidak peduli untuk tetap menjaga hati. Dia memang 'PENJAGA HATI' yang terbaik bagi aku dan memang dia tiada pengganti.



Dia selalu buat hati aku berbunga-bunga ..

Dia 'SWEET' sampai aku terkena 'Diabetes Cinta' ..

Tutup mata terlena mahu tetap mimpikan dia ,

Celik mata terjaga tetap terus teringatkan dia .. ALAHAI (^_*) ~



Setiap masa terlalu asyik fikirkan dia muka tak lekang dek senyuman ..

Bercinta sakan biarkan saja KAMI yang rasakan ..

Yang aku tahu DIA yang aku mahukan dan AKU yang dia inginkan ..

Apa orang lain mahu katakan yang bukan bukan ,

Iya silakan wahai sekalian kerana tak mampu untuk kami hentikan ,

Apa yang mampu kami lakukan hanyalah abaikan tanpa ada pertelingkahan ..



Entah sejak bila aku mula sayangkan dia

Entah sejak bila aku mula rindukan dia

Entah sejak bila pertama kali aku lafazkan cinta pada dia ..

Yang pasti sejak ada kehadiran dia , hidup aku bertambah ceria ceria dan ceria ..

Dia sangat bermakna dalam hidup aku .. Aku bahagia sangat bersama dengan dia ..

Tak sanggup rasanya untuk memikirkan jika satu hari nanti aku kehilangan dia ..

Dan aku bersyukur sesungguhnya dia amat mengerti perasaan dan hati ku ini seadanya ..

'Jika apa yang sedang aku rasakan , maka dia juga merasakan itu' ..

Dia banyak mengajar aku erti hidup , dan aku bukanlah lagi diri aku yang terburu buru mendahulukan emosi dari menahan jiwa kacau yang melanda diri ..



Bukanlah kami terlalu terpesona dalam dunia cinta , tetapi cuma menghargai anugerah cinta yang tercipta. Bukan lah niat menunjuk nunjuk yang kami sedang bahagia , kerana apa yang tertera adalah luahan hati yang sedang dirasa.



Jika ada yang terasa hati dengan kami , ada yang menunggu sesuatu terjadi antara kami , atau mungkin mahukan seperti kami , sekerdil kerdil manusia , memang tak mampu untuk kami halangi. Kami bercinta selagi punya rasa , kami berbahagia selagi ada masa , kalau hubungan kami memang tidak berpanjangan , apalah daya kami untuk menolak takdir yang direncanakan.


Ajal maut , jodoh pertemuan , di tangan Tuhan

Apa yang dirancang segalanya sudah Allah tentukan

Doa yang dipanjatkan , moga moga DIA perkenankan

Sentiasa juga Yakini ada hikmah disebalik tiap kejadian




p/s :  Ini adalah nukilan hati dari  saya "Ema Hasri(Si Choklet Vanilla) utk Si Dia(Muhammad Qayyum). . . .tentang rasa saya . . .tentang cinta saya :)

dari sudut hati ini

Jauh di sudut hati ini

Tidak ingin sekali kau terluka

Dengan susunan tintaku bergerigi

Apatah lagi tercalar dihati

Agar dapat kau gurindamkan

Dengan senyum dan tenang


Jauh di sudut hati ini

Tak ingin lemparkan setitispun sengsara

Dari setiap pesan yang ku curahkan

Agar menjadi cahaya untuk kau berjalan

Di laluan yang gelap sendirian

Berdepan dengan setiap ujian

Tanpa perlukan bantuan dan teman

Disepanjang kehidupan



Namun

Terkadang terluncur juga kata-kata berbisa

Meninggalkan parut-parut tersisa

Walau niatku terpancar suci

Tak selalu nampak berseri



Jauh di sudut itu

Aku sentiasa melihatmu

Tiap lagu menjadi nyanyian mu

Selalu bernada sendu

Dan

Aku jadi kelu



Jauh disudut itu

Aku sentiasa melihatmu

Tiap bicara kau bersuara

Ada tawa ada bahagia

Aku terasa lega



Biarpun aku selalu di sudut sana

Aku tetap ada di situ

Kala kau lihat gelap malam

Atau terluka dicalar duga

Atau mungkin hilang semua gelak tawa

Yang pernah dicipta

Aku akan hadir menemani

Akan kuberi dian sekali lagi

Untuk kau lalui kembali

Jalan malam ini sendiri

Supaya menjadi berani




Supaya terus hadapi segala kesulitan

Kerana dunia ini memang begini

Hanya ada pelajaran dalam pengajaran

Untuk kau guna di masa depan



Percayalah

Aku tak minta difahami saat ini

Suatu hari nanti

Saat jalan-jalan bahagia kau miliki

Aku takkan lagi menemani

Tak bisa menjadi penjaga hati

Yang sering memerhati

Kerana aku harus pergi

Jalani hidupku ini...



jiwa ku berbicara

Mungkinkah JIWA itu tidak pernah diuji dengan hebat?
Ataupun meletakkan segalanya atas kesalahan orang lain?
Mengapa JIWA itu tidak terbit rasa kasihan,,bersalah atau sedikit merendahkan EGOnya?
Mengapa mesti memperlakukan orang yang sangat menJAGAHEARTY dengan mencari2 & merobek perasaan...
Tidakkah rasa bersalah mengetukPINTU HEARTYnya ataukah pintu itu tertutup rapat untuk rasa2 yang tidak ingin diundang...
Sungguh angkuh JIWA itu,,yang bisa melukakan HEARTY setiap orang dengan perilaku yang sangat dibanggakan...
Alangkah petah LIDAH BERBICARA tentang betapa pincangnya pemikiran orang padahal tidak menyedari setiap perkataan yang diluahkan adalah PANTULAN PERIBADI sendiri...
Yang gersang dari dinginnya air mata keINSAFan,,juga kering dari pohon kerendahan HEARTY...
Yang melihat DIRI lebih betul berbanding orang lain...
Yang kononnya lantang mempertahankan hak,,tapi dalam masa sama menafikan hak orang lain yang perlu dilindungi...

Bicara apakah itu,,sehingga membuatkan telinga ini berdesir,,muak mendengar segala apa yang dihamburkan...
Tindakan tidak seperti kata2 yang terlontar...
Kata2 tidak mengiringi amalan yang wajar...
Mengapa begitu sudahnya JIWA itu...
Mungkinkah cahaya kelembutan dan sinar keIMANan semakin kelam menembusi ruang HEARTY...
Betapa pun aku mengatakan,,tidaklah dapat aku mengubahnya melainkan berDOA moga JIWA itu SEDAR & terJAGA dari kekalutan yang diciptanya sendiri...
Moga JIWA itu tidak hanyut atau terus tenggelam dalam wadah keSOMBONGan & keLUSUHan IMAN
Kejamkah aku untuk meluahkan semua ini??Aku tidak terdaya menahan perasaan ini kerana hanya aku yang merasa betapa perit untuk diluah apalagi untuk disimpan..Moga ALLAH mengampuniku & memberi nikmat keTENANGan dalam HEARTY ini yang sering carik & robek oleh JIWA kayu itu...