Si Choklet Vanilla Si Choklet Vanilla

Jumaat, 20 Julai 2012

ramadhan bulan keberkatan



Assalamulaikum…..
Kedatangan bulan Ramadhan merupakan satu penantian yang sangat bermakna kepada hamba-hamba Allah Ta’ala yang cintakan ibadah dan ganjarannya yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.Hati yang murni akan gembira kerana kedatangannya membawa 1 malam yang cukup hebat yang menyamai 1000 bulan atau dikenali sebagai Lailatul Qadar.
Hari demi hari telah berlalu,akhirnya sempat juga kita bertemu dan menambahkan lagi bibit-bibit cinta kita bersama Ramadhan yang membawa bersamanya kegembiraan,rahmat,keberkatan,pengampunan dan kebebasan dari api neraka.
Bulan Untuk Bertaubat
Sebagai seorang Muslim,kedatangan Ramadhan merupakan peluang terbaik untuk kita bertaubat dan meninggalkan segala bentuk macam maksiat yang boleh mengongcangkan iman kita.Bulan Ramadhan merupakan satu lembaran baru kepada kita untuk kembali kepada jalan Allah Ta’ala dalam menegakkan segala perintahnya dan meninggalkan larangannya sama sekali.Berazam dan meninggalkan segala bentuk maksiat dan dosa yang telah kita lakukan merupakan perkara yang semestinya diwajibkan kepada diri kita di bulan yang mulia ini.Bulan Ramadhan merupakan bulan Taubat kerana padanya pelbagai ganjaran ditawarkan bagi sesiapa yang menghidup siang dan malamnya dengan ibadah dan mengaharapkan keampunan dari Allah.
Sekiranya kita tidak bertaubat pada bulan yang mulia ini,maka bila lagi kita akan bertaubat???
Allah Ta’ala teklah berfirman:
(وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur: 31.
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحا)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”(taubat yang sebenar-benarnya).” Surah At-Tahrim:8.
Amalan Salafussoleh Pada Bulan Ramadhan
1- Telah diriwayatkan bahawa Sufian At-Thauri r.anhu telah meninggalkan segala bentuk macam pekerjaanya pada bulan Ramadhan,Beliau hanya memfokuskan untuk membaca Al-Quran,memahaminya dan mendalami maksudnya dan memperbanyakkan amalan ibadah pada siang dan malamnya.
2- Al-Walid Bin Abdul Malik sentiasa menkhatamkan Al-Quran setiap 3 hari pada bulan Ramadhan dan sebanyakkan 17 kali khatam pada keseluruhanya.
3- Rabe’ Bin Sulaiman telah berkata : Imam Syafie r.anhu telah mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan dan 30 kali pada bulan-bulan yang lain.
4- Manakala Imam Bukhari R.anhu telah mengkhatamkan Al-Quran setiap hari pada Bulan Ramadhan siang dan malamnya.
Beginilah kehebatan para imam-imam salaf kita suatu ketika dahulu.Mereka hanya menyibukkan diri mereka dengan melakukan ibadah semata-mata kerana Allah Ta’ala di samping itu juga sibuk menyampaikan majlis-majlis ilmu untuk umat islam di zaman kegemilangan mereka.Keberkatan waktu yang Allah kurniakan kepada mereka merupakan satu kelebihan dan keistimewaan kepada para imam-imam salaf kita.Semoga Allah Ta’ala menjadikan kita seperti mereka jua.
Kelebihan Ramadhan
Jom sama-sama kita kongsi beberapa potong hadis yang berkaitan bulan Ramadhan dan kelebihannya bagi membangkitkan semangat dan keinginan untuk meningkatkan amalan ibadah dan juga mendekatkan diri kepada Sang Pencipta Alam ini.
1- Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”.(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
2- Sabda Rasulullah s.a.w : “Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintu pun yang ditutup. Seorang penyeru (Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
3-Sabdanya lagi: “Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;
1- Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa yang Allah lihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
2- Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
3- Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
4- Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
5- Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)
4- Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)
Akhir sekali,marilah kita sama-sama berusaha mencari keredaan Allah Ta’ala di bulan yang penuh kemuliaan ini.Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.Ya Allah,Jadikanlah Ramadhan tahun ini lebih baik untuk kami dari yang lepas,ampunkanlah dosa-dosa kami dan tempatkanlah kami bersama hamba-hambaMu yang telah mendapat keredaanMu……

Selasa, 10 Julai 2012

aku hanya insan biasa

sayang , maafkan aku kerana tidak mampu membuang semua kenangan silap pada suatu masa dahulu . bukan aku sengaja untuk mengenang kembali kenangan itu tapi setiap kali aku cuba untuk melupakan ia seolah olah semakin dekat dengan pemikiran aku dan kotak memori . dan bukan sebab aku tidak bahagia bersamamu sebab aku hanya insan biasa yang tak mampu untuk melempar jauh semua itu . sekali lagi aku mintak maaf kerana mungkin janji . aku tahu hati lelaki mana yang tak terasaan dengan keadaan begini tapi aku mintak kau mengerti isi hati aku , aku cuba untuk membuangnya dari dalam fikiranku tapi gagal . semakin aku cuba semakin hampir ia denganku . aku sayangkan kau , sudah tidak ada lagi insan lain dalam hati aku selepas dirinya dan diri kau tapi kenangan itu yang membuatkan aku terpaksa untuk mengenangkannya . sayang andai kau mengerti ribuan terima kasih aku ucapkan .. aku tidak sengaja untuk lakukan begitu ! aku menyayangi kau sayang ..

sekadar mengulit kenangan

bukan untuk mengulit atau mengenang kisah silam tapi sekadar mengisi kekosongan dimasa masa kebosanan .. ye memang aku pun sama seperti dia , susah untuk melupakan dia dalam jangka masa yang begitu pendek . mengenali dia amat amat indah tapi untuk membuang dia dari dalam hidup ini begitu memeritkan . tipulah kalo kata diri ini tak pernah teringatkan dia sejak dah putus nie tapi aku tetap tabahkan diri untuk buang segala kenang bersama dia . bukan kerana membenci tapi untuk kebaikan bersama . yelah kerana sekarang dia sudah beristeri dan aku pulak sudah mempunyai teman rasa tak elok kalau masih ade hati padanye lagi . biarlah kenangan dahulu berlalu pergi . bak kata orang "barang yang lama jangan dikenang" !! memang dia pernah membahagiakan aku , dia cinta pertama bagi aku tapi seandainya antara aku dan dia tiada jodoh dan memang tuhan tidak tentukan untuk kami bersama mempertahankannye juga pun tetap bukan jadi milik aku . aku redha dengan semua ini , malah aku anggap ini semua tidak pernah wujud tapi kekadang tuh bila melalui tempat tempat kenangan teringat kisah kisah bersamanye . kerana dengannye sahaja aku bahagia tapi jodoh kami tiada ! ape boleh buat itu memang sudah tertulis sejak azali .
siang tadi aku bersembang dengan , bila dapat tahu dia dirikan masjid pun sebab nak lupakan aku , aku rasa sedih sebab dia lakukan macam tuh , seolah olah dia terpaksa menerima isterinya sebab kenangan aku dengan dia . yelah mungkin ade betulnya , sebab ape takanlah aku nie yang selalu terkenangkan dia , dia boleh lupakan macam tuh ajew , gila banyak kenangan bersama aku rasa belum tentu dia dapat melupakan macam tuh aje .. kadang kadang tuh  rasa nak putar semula masa ,  agar dapat rasa nikmat bahagia bersama dia , tapi aku insan biase yang tak punya apa apa cuma sekadar memiliki hati , perasaan seperti manusia biase . sudah lah tak baik rasanya mengenang kenangan lama .. yang da berlalu biarkan berlalu , yang baru hendak bermula ini aku harus teruskan kerana aku sendiri tidak tahu apekah penghujungnya , semoga aku tidak mengecewakan hati mana mana pihak untuk kali kedua  . cukuplah selama ini ! aku akan bina hidup baru bersama insan yang menyayangi aku ..  selamat tinggal kenangan , sejarah tak mungkin berulang .