Si Choklet Vanilla Si Choklet Vanilla

Jumaat, 9 Mac 2012

- ANDAINYA LELAKI TAHU -

Andainya lelaki tahu,
Dalam hati seorang perempuan,
Ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu,
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
Marah seorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi,

Andainya lelaki tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
walaupun saat berjauhan,

Kerana andainya lelaki tahu,
Hati itu akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati seorang perempuan,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah..
 

Tiada ulasan: