Si Choklet Vanilla Si Choklet Vanilla

Jumaat, 24 Februari 2012

kisah ini kisah kita

Kisah saya dan dia sudah tamat
Tiada lagi janji keramat
Tiada lagi lafaz terikat
Yang tinggal cuma hati yang harus kuat
Kisah saya dan awak baru mula
Namun keliru menilai rasa
Ini cinta atau sekadar mengubat luka
Mungkin nanti kecewa melanda kita


Bersama dia saya pernah bahagia
Dengan dia saya mencipta rasa
Walau janji sekadar kata
Saya masih bersyukur apa adanya


Terima kasih untuk bahu
Yang awak beri saat saya perlu
Awak turutkan apa yang saya mahu
Walau tiada pernah kita bertemu


Saya memilih untuk sendiri
Bukan kerana saya tidak punya hati
Apa yang pasti
Saya perlu adil dengan perasaan saya sendiri



Dan sebenarnya kisah kita tiga sama saja
Saya , awak dan dia masing - masing mahu bahagia
Sendiri atau bersama kita berhak untuk gembira



Tiada ulasan: